Pimpinan
Barisan kepimpinan Persatuan Usahawan Industri KIM bagi sesi 2026 diterajui oleh individu berpengalaman yang komited dalam memperkukuh pembangunan usahawan dan memperkasakan ekosistem industri tempatan.
Syahir Zaini
(Cucius Sdn Bhd)
Pengerusi
Syahir Zaini ialah Pengerusi Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau bersekolah di Sekolah Dato’ Abdul Razak sebelum menamatkan Ijazah Kejuruteraan (Computer & Network Engineering) di RMIT University, Australia.
Beliau memulakan kerjaya di Schlumberger (Oil & Gas) sebelum beralih ke keusahawanan, mengasas Cucius (di KIM) & Jages (sistem keselamatan & AI).
Mohd Fazili Bin Mohd Rosli
(Mygiftsender Resources)
Timbalan Pengerusi
Fazili Rosli ialah Timbalan Pengerusi Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kreatif dan penjenamaan, termasuk pernah berkhidmat sebagai Creative Head di KLCC.
Kini, beliau menerajui sebuah syarikat pengurusan acara, MyGiftSender (di KIM) yang mengendalikan projek berskala besar untuk korporat utama serta agensi di seluruh Malaysia, dengan kepakaran dalam strategi kreatif, penganjuran acara dan pengurusan pelaksanaan end-to-end.
Mohsen Bin Zamli
(ORS Technologies Sdn Bhd)
Setiausaha
Mohsen Zamli @ Tok Hussain ialah Setiausaha Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Raja Ali, Jalan Ipoh sebelum menamatkan Diploma Teknologi Komputer (Sistem) di ADTEC Shah Alam.
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang IT bersama beberapa syarikat termasuk IBM Malaysia Sdn. Bhd sebelum beralih ke bidang pengurusan dan kini bersama ORS Technologies Sdn. Bhd.
Nik Syahira Binti Nik Ahmad
(Furnitech Industries (M) Sdn Bhd)
Naib Setiausaha
Nik Syahira ialah Naib Setiausaha Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau memiliki Diploma di dalam Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Ekonomi Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Beliau merupakan salah seorang AJK yang berkhidmat di dalam Persatuan Pengusaha Kayu-kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia (PEKA) serta berpengalaman sebagai konsultan di Jabatan Akauntan Negara (Projek Base) dan beliau kini aktif dalam pengurusan syarikat industri perabot serta pembangunan keusahawanan.
Abdul Hanif Bin Hamzah
(Glass Wall Sdn Bhd)
Bendahari
Abdul Hanif ialah Bendahari Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau berpengalaman dalam pengurusan teknologi maklumat melalui penugasan di Kementerian Dalam Negeri di bawah Unit Sokongan Teknikal.
Kini, beliau terlibat dalam industri bahan binaan dan aktif dalam pelbagai persatuan, koperasi serta pengurusan komuniti setempat.
Keahlian & Kebajikan Ahli
Mohamad Haziq Mohd Ahwan
(Ultimate Engineering Technique (M) Sdn Bhd)
Ketua Portfolio
Mohamad Haziq merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau berpengalaman sebagai juruteknik IT di Jabatan Perangkaan Malaysia.
Selain bekerja sebagai usahawan, beliau juga aktif dalam persatuan alumni dan pembangunan belia.
Emilia Jumayla Elias
(Desicom Sdn Bhd)
Timbalan Ketua Portfolio 1
Emilia Jumayla ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau merupakan usahawan dalam bidang kecantikan, jualan dan pemasaran serta produk penjagaan haiwan.
Beliau juga aktif dalam koperasi, persatuan komuniti dan penglibatan sosial.
Amrulaiman Bin Amrullah
(Laris Pessona Sdn Bhd)
Timbalan Ketua Portfolio 2
Amrulaiman ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau terlibat dalam industri pembuatan besi tempahan khas, perabot dan struktur industri.
Beliau juga aktif dalam penglibatan komuniti setempat serta menyokong pembangunan industri pembuatan tempatan.
Komunikasi & Kreatif
Arif Hasanal Bin Abu Hanifah
(Maximus Creative)
Ketua Portfolio
Arif Hasanal ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau berpengalaman dalam bidang reka bentuk grafik, percetakan serta operasi pusat panggilan jualan.
Kini, beliau aktif dalam perniagaan kreatif dan menyumbang kepakaran dalam projek keusahawanan serta persatuan.
Refaznol Ahmad Tasman
(Angah Group Sdn Bhd)
Timbalan Ketua Portfolio
Refaznol ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau berpengalaman dalam sektor peruncitan, perbankan serta pengurusan korporat.
Kini, beliau aktif sebagai pengarah syarikat dan terlibat dalam kepimpinan persatuan komuniti.
Digital & Data
Eka Puji Astutik Sawaludin
(Ayfa Solutions)
Ketua Portfolio
Eka Puji ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan jualan.
Kini, beliau aktif menyokong operasi perniagaan serta penglibatan dalam aktiviti keusahawanan.
Nurul Aini Binti Zainal Abidin
(Angah Group Sdn Bhd)
Timbalan Ketua Portfolio
Nurul Aini ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan, pengurusan syarikat dan latihan perniagaan.
Kini, beliau aktif sebagai pengarah syarikat serta terlibat dalam pembangunan usahawan dan pengurusan persatuan.
Hubungan Strategik & Protokol
Khairulhakim Zainudin
(Lunas Bina Enterprise)
Ketua Portfolio
Khairulhakim ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau merupakan mekanik berpengalaman dalam pembaikan kenderaan berat dan ringan.
Beliau aktif dalam bidang teknikal serta menyumbang kepada pembangunan kemahiran industri automotif.
Mohd Noor Fairuz Bin Che Daud
(KTE Smart Technolagies)
Timbalan Ketua Portfolio
Mohd Noor Fairuz ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Industri Usahawan KIM. Beliau berpengalaman dalam bidang teknikal termasuk penyamanan udara, elektrik, CCTV dan rangkaian.
Selain keusahawanan, beliau turut terlibat sebagai penyedia latihan teknikal serta aktif dalam persatuan dan penglibatan komuniti.